Friday, 2 January 2015

PETIKAN LECTURE SAYA VTO MODUL 3


Salah satu modul VTO yang terdapat dalam laluan latihan (Training Pathway)  ialah  Membangunkan Pengajaran (Course Design). Pertama kali yang perlu dilakukan ialah mengenalpasti bidang pekerjaan atau jawatan. Oleh kerana kurikulum yang akan dibangunkan adalah  berorientasikan pekerjaan sebenar atau alam sebenar, maka wajarlah seseorang itu mengambil kira pasaran luar sama ada kerajaan atau swasta. Fikirkanlah sebarang pekerjaan. Tidak kira apa pekerjaan contohnya:  Tukang Kasut, Penarik Beca, Pemandu Teksi, Kerani, Pegawai Deaerah dan seumpamanya mengikut jabatan atau organisasi masing-masing

Selepas  itu anda memilih satu-satu pekerjaan katakanlah Pemandu Teksi anda dikehendaki membuat kajian tentang tugas-tugas dan tanggung jawab seorang pemandu teksi. Ingat saya ulang sekali lagi Tanggung jawab dan Tugas. Ini lah bermula timbulnya istilah Duty dan Task dalam NOSS ( National Occupational Skill Standard). Saya ingin menekankan Duty adalah bermaksud tanggung jawab dan Task ialah tugas dalam konteks piawaian kemahiran. Saya ingin bertanya kepada anda semua, apakah tanggung jawab dan tugas pekerjaan atau jawatan sekarang atau bolehkah anda senaraikan 10 tanggung jawab dan tugas bagi jawatan dan pekerjaan anda sekarang. Daripada jawatan atau pekerjaan anda boleh anda bangunkan satu silibus atau kurikulum yang berkaitan dengannya.

No comments:

Post a Comment