Salah satu modul VTO yang terdapat
dalam laluan latihan (Training Pathway)
ialah Membangunkan Pengajaran
(Course Design). Pertama kali yang perlu dilakukan ialah mengenalpasti bidang
pekerjaan atau jawatan. Oleh kerana kurikulum yang akan dibangunkan adalah berorientasikan pekerjaan sebenar atau alam
sebenar, maka wajarlah seseorang itu mengambil kira pasaran luar sama ada
kerajaan atau swasta. Fikirkanlah sebarang pekerjaan. Tidak kira apa
pekerjaan contohnya: Tukang Kasut,
Penarik Beca, Pemandu Teksi, Kerani, Pegawai Deaerah dan seumpamanya mengikut
jabatan atau organisasi masing-masing
Selepas itu anda memilih satu-satu pekerjaan
katakanlah Pemandu Teksi anda dikehendaki membuat kajian tentang tugas-tugas
dan tanggung jawab seorang pemandu teksi. Ingat saya ulang sekali lagi Tanggung
jawab dan Tugas. Ini lah bermula timbulnya istilah Duty dan Task dalam NOSS (
National Occupational Skill Standard). Saya ingin menekankan Duty adalah
bermaksud tanggung jawab dan Task ialah tugas dalam konteks piawaian kemahiran.
Saya ingin bertanya kepada anda semua, apakah tanggung jawab dan tugas pekerjaan
atau jawatan sekarang atau bolehkah anda senaraikan 10 tanggung jawab dan tugas
bagi jawatan dan pekerjaan anda sekarang. Daripada jawatan atau pekerjaan anda
boleh anda bangunkan satu silibus atau kurikulum yang berkaitan dengannya.